Saya ada kisah untuk dikongsi:
Seorang pemimpin di sebuah organisasi terpakai duit syarikat semasa membeli-belah dengan isterinya.
"Minggu depan aku dapat gaji,aku ganti baliklah" dia berkata dalam hati.
Masa berlalu,mamat ni terlupa nak ganti balik,dan yang menariknya,tak ada orang perasan pun.
Lama kelamaa dia tak boleh nak bezakan duit sediri atau duit syarikat.
Dipendekkan cerita,perkara tak sengaja dah jadi penyalahgunaan dan pecah amanah.
Bila bocor,dia terpaksa berkongsi habuan dengan pegawai2 lain untuk 'cover line'.
Sementara itu,disebuah dewan gemerlapan mesyuarat sebuah parti politik,gegak gempita dengan sorakan patriotik,'kunun' nak membela bangsa.
Lengkap dengan hilai-tawa dan drama tangisan sang buaya tua.
Buaya tua ini pada masa baru dpt tampuk pemerintahan hebat dengan slogan2 Bersih,Cekap,Amanah..Kepimpinan Melalui Teladan..Pandang Ke Timur,yang membayangkan ketulusannya untuk membangunkan bangsa.
Bila terlalu lama berkuasa,dia rasa syak org2 kanan-kiri mengidamkan tempatnya.
Akibatnya cantas-mencantas dan cucuk-mencucuk berlaku.
Dia akan naikkan suku-sakat yang dipercayainya sahaja.
Dia akan beri projek2 kerajaan kepada mereka ini sebagai menghargai kesetiaan tersebut.
Ketua perhubungan negeri agih pada ketua bahagian,ketua bahagian kepada ketua cawangan..bla..bla..bla
Jadi DEB,peruntukan 30%,kena sapu mereka yang tidak berhak.
Yang boroi semakin buncit.
Sedangkan yang betul2 nak meniaga kena tolak permohonan pinjaman bank,terus ke ah long..
Dan legasi kebobrokan ini diteruskan oleh penggantinya,dengan lebih cekap,dengan kerjasama agensi-agensi awam yang dikepalai orang2 dari kemnya.
Bila terlalu lama berkuasa,susah nak membezakan antara harta sendiri atau hak rakyat.
Sejarah telah membuktikan jatuhnya sesuatu kerajaan agung,hatta Kerajan Melaka mahupun Rome adalah akibat perbalahan dan kerosakan dari dalam.
Jadi janganlah pening-pening kepala memikirkan punca kekalutan negara kita.
No comments:
Post a Comment