Saya tertarik isu 'penoreh upahan' atau realitinya ahli politik yang dipilih rakyat.
Ia adalah satu amanah besar,yang bukan sahaja bertanggungjawab kepada manusia tetapi kepada Allah.
Sungguh lucu bila ahli politik ini tanpa segan silu meminta kenang budi atas jasa-jasa termasuk pembangunan seolah-olah itu duit mereka sendiri.
Yang lebih memilukan sekarang dah sampai ke tahap ugut rakyat!
Kalau tidak undi mereka,tiada peruntukan pembangunan dari kerajaan persekutuan.
Bukankan duit itu datangnya dari pembayar cukai yang tidak mengira parti,agama atau kaum?
Sudahlah projek semua kena sapu anak-beranak,sedara-mara,ipar-duai,harga barang dan petrol naik bagi menampung penyelewengan dan masalah ketirisan.
Rakyat kena lagi!
Agak-agaknya bilalah manusia bergelar rakyat Malaysia yang diberi akal oleh Allah akan sedar?
Bahawa apa yang kita dapat semasa kempen pemilihan adalah 'gula-gula politik'.
Ini termasuklah pemberian projek asas seperti jalanraya,api,air,dan elaun untuk kakitangan kerajaan dan Felda.
Tapi percayalah,generasi baru hari ini tidak mudah diperdaya akibat celik maklumat terutamanya IT.
Kalau dulu 'main stream msedia' boleh 'spin' sesuka hati,sekarang ini kita ada sahabat dimana-mana yang
membekalkan maklumat dalaman tentang penyelewengan.
Sekuat mana dan sehebat mana kuasa yang kita ada, adalah sementara.
Yang patah akan tumbuh,yang hilang akan berganti.
No comments:
Post a Comment