Wednesday, 6 July 2011

Kenapa gelabah?

Memang agak pelik bila UMNO mengelabah,sedangkan tuntutan Bersih 2.0 adalah kepada SPR.

Harus diingat antara tuntutan Bersih ialah penghapusan pengundi hantu,undi pos dan penyalahgunaan jentera kerajaan.

Ini adalah taktik2 kotor modus operandi BN mengekalkan kuasa.

Kita semua masih ingat bagaimana Najib diselamatkan oleh undi pos di Pekan ,Pahang tiga musim pengundian yang lepas.

Macamana dengan penemuan lebih 200 pengundi yang berkongsi alamat yang sama?

Atau anggota tentera yang mengundi pos dengan disaksikan pegawai atasan atau diundikan oleh pegawai atasan bagi pihak anggota yang tiada di situ?

Atau ugutan,pemberian projek,agihan saguhati,penggunan peralatan kerajaan semasa kempen pilihanraya?

Terlalu banyak kemungkaran yang SPR buat-buat tak nampak atau tidak mengakui kelemahan.

Alasan yang diberikan ialah pilihanraya di Malaysia adalah adil, kalau tidak masakan 5 negeri jatuh ke tangan PR.

Persoalannya adalah,kalau p/raya benar-benar bersih kemungkinan besar BN sudah tumbang di PRU12 lepas.

Sanggahan berbaur politik oleh kepala SPR mengesahkan ianya komponen tegar BN selain PDRM,SPRM.

Impartiality atau keberkecualian adalah soal maruah dan integriti yang semakin pudar ditelan arus kepentingan diri dan kroni.

Pengasingan kuasa antara Legislative dan Judiciary adalah penting bagi mengelakkan salahlaku dan 'conflik of interest'.

Selain itu kepala2 suruhanjaya2 di bawah 'commission' YDP Agong tidaklah boleh 'beramah mesra' atau 'bermain badminton' bersama kerabat Kabinet,ditakuti berlaku tersalah 'saya yang menurut perintah'.

Contohnya mana logik Ketua Polis negara menguatkuasakan undang2 secara adil jika kontrak perkhidmatannya atas nasihat Hisham atau Najib?

Secara otomatik pihak pembangkang menjadi musuh KP juga.

Serving the political masters.

Inilah yang menjadi fokus kesedaran umum oleh Bersih.

Bagi saya apa pun terjadi samada jadi atau tidak perhimpunan,Bersih telah berjaya menyedarkan seluruh rakyat Malaysia bertapa jijiknya taktik kotor BN.

Tahniah Bersih 2.0